Wednesday, October 22, 2008

Tuesday, October 21, 2008

Kanak-kanak Hilang?

Jumaat lalu, terkezut lagi dengan berita seorang kanak-kanak lima tahun di tadika dilaporkan hilang semasa ibunya datang untuk mengambil pulag jam 5.30 petang.

Traffic jam sekejap di kawasan tadika tersebut.

Rupa-rupanya, dipendekkan cerita.....

to be continue....

Taska mahal?

Baru-baru ini saya dan beberapa orang ibu yang menghantar anak-anak kami di taska dikejutkan dengan memo pemberitahuan di hadapan pintu masuk Taska bahawa yuran tahunan telah dinaikkan daripada RM50 kepada RM70. Begitu juga dengan yuran bulanan daripada RM170 kepada RM 180.

Terkezut juga kerana ada la beberapa perkara yang ibu-ibu tidak puas hati. Bukan semuapun yang kerja sebagai pegawai, ada yang kerani, PAR, pengawal keselamatan, Polis Bantuan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kami diberitahu bahawa makan untuk anak-anak kami hanya sekali sahaja sehari iaitu jam 11.00 pagi merangkap makan pagi dan makan tengahari. Tiada makan petang, kadang-kadang saya diberi biskut atau cekodok.

Geram juga rasanya. Tapi rasanya perlu perlu dikumpulkan ibubapa dan perkara ini dikemukakan kepada pihak pengurusan. Biar terang-benderang perkara ini diperjelaskan.

Apa komen anda?

Salam pengenalan

Salam sayang,

Anak-anak kita adalah harta yang amat berharga. tidak dapat dibeli, dijual atau ditukar ganti dengan emas segunung pun atau intan berlian sekontena atau saham berjuta-juta lemon di BSKL atau NYSE sekalipun.

Tak tergambar rasanya bagaimana perasaan setiap ibu dan bapa apabila mula-mula menatap wajah pertama si kecil manis, pertama kali ia dilahirkam. tak comel pun tapi ia tetap comel, percayalah cakap saya. Orang kata hitam, tapi hati si ibu, anak aku comel.

Ya, berkat kata-kata ibu, anak itu pastinya comel.

Sebenarnya blog ini, saya paparkan sebagai luahan rasa seorang ibu dan jika ada ibu-ibu atau bapa yang ingin berkongsi pengalaman bolehlah berkongsi melalui blog ini.

Terima kasih.