Tuesday, October 21, 2008

Taska mahal?

Baru-baru ini saya dan beberapa orang ibu yang menghantar anak-anak kami di taska dikejutkan dengan memo pemberitahuan di hadapan pintu masuk Taska bahawa yuran tahunan telah dinaikkan daripada RM50 kepada RM70. Begitu juga dengan yuran bulanan daripada RM170 kepada RM 180.

Terkezut juga kerana ada la beberapa perkara yang ibu-ibu tidak puas hati. Bukan semuapun yang kerja sebagai pegawai, ada yang kerani, PAR, pengawal keselamatan, Polis Bantuan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kami diberitahu bahawa makan untuk anak-anak kami hanya sekali sahaja sehari iaitu jam 11.00 pagi merangkap makan pagi dan makan tengahari. Tiada makan petang, kadang-kadang saya diberi biskut atau cekodok.

Geram juga rasanya. Tapi rasanya perlu perlu dikumpulkan ibubapa dan perkara ini dikemukakan kepada pihak pengurusan. Biar terang-benderang perkara ini diperjelaskan.

Apa komen anda?

No comments: